Hye sayang sayang sekalian. Salam Catalyst. Untuk entri kali ini, kami nak menceritakan bagaimana kami, Ainur dan Ezzaty, sewaktu mula-mula memilih untuk menggunakan produk Catalyst ni. Haa, bukan senang tau kita nak memilih ni. Terutamanya kaum hawa seperti kami dan anda anda di luar sana.
Sebelum menggunakan produk Catalyst, kami memang mempunyai pelbagai masalah kulit terutamanya kulit wajah sebab memang selalunya wajahlah yang orang akan paling ambil berat kan. Macam Ainur, masalah utama Ainur adalah muka banyak jerawat dan parut jerawat. Memang sebelum ni muka agak teruk sampai rasa kurang sangat keyakinan diri dengan muka sendiri. Kalau tangkap gambar tu mesti nak edit untuk buang jerawat. Nak tengok contoh gambar Ainur dulu? Ni Ainur ada simpan.
Percaya tak? Ainur dari muka macam tu dulu, boleh jadi macam ni sekarang! Seriously, Ainur sendiri tak perasan sebab hari-hari tengok muka sendiri kan. Yang Ainur perasan, lepas guna produk Catalyst iaitu Virgin Coconut Oil (VCO), memang muka kurang jerawat. Tapi, tak perasan pulak muka jadi makin licin sampai ramai saudara-mara tegur sewaktu Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Selain dari tu, Ainur ada masalah kulit kering. Terutamanya di bahagian tangan dan kaki. Lepas pakai Catalyst, memang beza la. Kulit dah kurang kering tapi still, tak la perfect cantik. Benda ni ambil masa nak jadi elok.
Untuk Ezzaty pulak, masalahnya kalau kulit terbakar tu, ambil masa lama sangat nak pulih ke tona asal kulit. Ezzaty ni student degree Sport Science di USM. So, Ezzaty memang sangat aktif terutama aktiviti sukan dan outdoor. Bila lama bawah cahaya matahari, senang sangat kulit terbakar. Memang gelaplah muka yang dah memang Hindi sikit ni kan. Lepas guna VCO dan Collagen, memang rasa puas hati la. Kulit terbakar tu memang terbakar jugak. Lumrah la kalau aktif kan, tak terbakar tak sah. Tapi kulit lebih cepat repair dan kembali ke tona yang asal.
So, anda dah tahu kenapa kami nak sangat jadi Agen Catalyst? Sebab kami pun nak bantu anda. Jom kita jaga kesihatan dan kecantikan diri kita. Bukan kecantikan luaran semata-mata ok. Jadi inilah first hand experience kami!
p/s : Kecantikan yang dijaga dari dalam akan lebih baik kesannya untuk kita hari ini, esok dan kemudian harinya..!
No comments:
Post a Comment