Wednesday, September 26, 2012

CATALYST VCO "Hot Product!!"

Assalamualaikum uolls!!

Untuk pengetahuan anda, CATALYST VCO ni merupakan salah satu produk Catalyst yang paling hangat dan permintaannya pun sangatlah menggalakkan. Kalau permintaannya pun tinggi, dah tentulah produk ini berkesan. Betul tak? Sebenarnya, Virgin Coconut Oil ataupun Minyak Kelapa Dara, memang sudah terkenal dengan khasiatnya yang sangat-sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Jadi, teruskanlah pembacaan mengetahui lebih lanjut mengenai VCO =)

First of all, APAKAH ITU MINYAK KELAPA DARA??
Untuk pengetahuan anda, kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an tau. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Then, pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa terdapat suatu kandungan dalam kelapa dara ni yang dipanggil lemak tepu yang mana dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

So, apakah sebenarnya Virgin Coconut Oil?
Virgin Coconut Oil ini merupakan kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia yang mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza pula dengan minyak kelapa biasa yang mana haba dan kimia digunakan semasa pemprosesan dan seterusnya mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah dan ia membawa kepada kemudaratan kepada manusia apabila memakannya.

VCO ni dikeluarkan dalam dua versi iaitu VCO pure oil liquid dan satu lagi VCO softgel. Kedua-duanya merupakan produk yang sama, sebijik! Yang membezakannya ialah sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul. Bagi kami, kami sarankan ambil VCO softgel sebab kami tak tegar untuk telan dalam bentuk cecair. Dan VCO pure oil liquid ni kami gunakan untuk sapu di muka dan di tempat tempat lain seperti tangan, kaki, tumit dan lain lain. Senang dan jimat. =)

VCO pure oil liquid

VCO softgel

p/s : Haaaaa... Dah tahu kan VCO tu apa? Confirm 100% semulajadi dan tiada kesan sampingan. Jom amalkan VCO untuk kesihatan dan kecantikkan anda..... =)


No comments:

Post a Comment