Sunday, September 30, 2012

Catalyst Hair Treatment Series

Assalamualaikum!!

Hye semua....! Dalam entri-entri sebelum ni, kami telah terangkan apakah itu VCO dan COLLAGEN yang mana penggunaannya amat membantu memelihara kecantikkan diri kita dari dalam dan luar.

Sekarang, kami nak perkenalkan pula Catalyst Hair Treatment Series kepada kamu kamu semua. Haaa.. Bagus kan CATALYST ni? Bukan untuk kesihatan badan je, untuk rambut pun ada. =)

Untuk penjagaan rambut, pihak CATALYST telah memperkenalkan dua produk iaitu HAIR TREATMENT dan HAIR REVITALIZER. Kalau ikut petua orang dolu dolu, mereka menggunakan minyak kelapa untuk menjaga rambut. So, kebaikan minyak kelapa dalam penjagaan rambut telah kita semua tahu sejak dari dulu lagi. 

Actually, kami berdua pun baru je try produk ni. Sebab rambut selalu gugur dan agak kasar mungkin sebab penggunaan syampu yang salah kot. Huhu... Tapi sejak kami berdua start pakai HAIR TREATMENT dan HAIR REVITALIZER ni, Alhamdulillah rambut kami dah jarang gugur dan senang je nak uruskan terutamanya masa bangun pagi. Kalau dulu mengerbang macam singa, sekarang dah tak lagi, malah guna jari pun boleh.. =)

So, kami pun mesti la excited nak kongsi dengan kamu kamu semua!! 
Tak salah mencuba... =)


HAIR REVITALIZER





Penyegar rambut adalah untuk kegunaan harian. 
Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepatkan 
proses perawatan dan penyegaran kulit kepala dan rambut.








HAIR TREATMENT


Produk ini mencuci dan merawat masalah-masalah rambut dan kulit kepala secara intensif.








Kebaikan Hair Treatment Series:
  • Merawat kebotakan dan keguguran rambut
  • Menghitamkan dan melebatkan rambut
  • Mengatasi masalah penyakit kulit kepala
  • Membantu menstabilkan kimia semulajadi pada kulit kepala
  • Menghapuskan kelemumur pada kulit, mencegah dari mengalami kekeringan kulit dan menghalang kulat kelemumur dari membiak
  • Membantu pembentukan tisu kulit kepala dan merawatnya
  • Melindungi kulit dari radiasi ultraviolet matahari
  • Menyuburkan kulit kepala

Cara Penggunaannya:

Firstly, semburkan Hair Treatment di atas tapak tangan dan sapukan di seluruh rambut sehingga kulit kepala. Lebihkan di kawasan bermasalah. Biarkan selama 30-45 minit sebelum anda mencucinya dengan syampu (sebarang jenama syampu yang anda suka). Setelah rambut dilap kering, sapulah Hair Revitalizer seperti memakai minyak/perapi rambut. Hair Revitalizer ini tidak perlu dibilas. Ianya membantu melindungi rambut anda dari kerosakan terutamanya sewaktu dalam proses rawatan. Hair Revitalizer boleh digunakan secara harian bagi memulihara dan memelihara kesihatan rambut serta kulit kepala anda.

p/s : Menarik tak? Disamping amalkan VCO dan COLLAGEN untuk kesihatan badan luar dan dalam. Kita pun perlu juga jaga kecantikkan rambut kan? Rambut yang sihat akan menambah keyakinan kita walaupun bertudung. Selamat mencuba.  =)


Senarai Harga Produk Catalyst

VCO SOFTGEL (CAPSULE) - HOT PRODUCT!








60 biji per bottle
Semenanjung Malaysia: RM 39.90
Sabah Sarawak: RM 43.90






VCO PURE OIL








150ml per bottle
Semenanjung Malaysia: RM 39.90
Sabah/Sarawak: RM 43.90






COLLAGEN - HOT PRODUCT!








15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM59.90
Sabah/Sarawak: RM65.90



MIND STAR






15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM59.90
Sabah/Sarawak: RM65.90





HAIR TREATMENT








25ml per bottle
Semenanjung Malaysia: RM 39.90
Sabah/Sarawak: RM43.90





HAIR REVITALIZER










125ml per bottle
Semenanjung Malaysia: RM39.90
Sabah/Sarawak: RM 43.90





NATURAL FIBRE DRINK








15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM 59.90
Sabah/Sarawak: RM 65.90






MEXOREA













15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM 40.00
Sabah/Sarawak: RM 45.00




MEN VITA












15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah/Sarawak: RM 50.00




FEMME VITA













15 sachets per box
Semenanjung Malaysia: RM 45.00
Sabah/Sarawak: RM 50.00





Wednesday, September 26, 2012

Khasiat CATALYST COLLAGEN


Assalamualaikum...!

Hye kamu kamu! Dah tahu apa tu CATALYST COLLAGEN kan? Dan kenapa anda perlu mengambil COLLAGEN? Sekarang kami nak berkongsi tentang kebaikan dan khasiat collagen ini serta kesannya pada diri kita. Check it out ya... =)

Menurut hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan COLLAGEN dalam jangka masa panjang akan meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein. Ini membantu memperbaiki kualiti kuku rapuh serta menghalang keguguran rambut. Sewaktu kita tidur, asid amino yang dihasilkan oleh COLLAGEN akan digunakan oleh badan untuk membina tisu otot. Apabila badan mendapat khasiat daripada protein COLLAGEN, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan seterusnya menarik.

Antara khasiat dan kebaikan CATALYST COLLAGEN :
  • Membantu proses pemulihan osteoperosis & osteoarthritis
  • Mengembalikan kesegaran & keremajaan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
  • Membantu melicinkan tumit merekah & kuku malap
  • Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat & berkilau
  • Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Ini pula kesan setelah mengamalkan CATALYST COLLAGEN :

  • Kulit tidak akan berminyak
  • Dapat mengurangkan masalah jerawat, jerawat akan beransur-ansur hilang
  • Mengurangkan parut-parut pada kulit
  • Badan akan rasa lebih cergas & bertenaga
  • Minda akan lebih cergas & pergerakan anggota badan menjadi lebih lancar

p/s : Menarik tak info CATALYST COLLAGEN? Cuba amalkan bersama-sama CATALYST VCO untuk dapatkan kesan yang lebih MANTOPPP!... InsyaALLAH... Yang penting konsisten dan displin... =)

Apakah itu CATALYST COLLAGEN?


Assalamualaikum semua...!

Selain VCO (tak kisah sama ada softgel atau pure oil), CATALYST juga mempunyai produk collagen. Collagen ni sangat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman. Ia sangatlah sesuai digunakan bagi mereka yang impikan kulit yang cantik tanpa sebarang cela dan awet muda. Kami berdua pun turut mengamalkan pengambilan collagen ni. Sepatutnya, collagen ni kita patut ambil dari muda-muda lagi tau. Nak tahu kenapa? Mesti tertanya-tanya kan? Mesti excited kan? Jom teruskan pembacaan kamu kamu semua..... =)

CATALYST COLLAGEN

CATALYST COLLAGEN 
Apakah collagen? Siapa tahu angkat tangan! =)
Sebenarnya, collagen ni merupakan perekat dalam badan kita.
Dan ketika usia remaja dan awal 20-an, badan kita mengalami pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligamen.
Jadi, collagen ni  digunakan untuk menghasilkann protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan baru.

Nak tahu apa kelebihan collagen?
Collagen membantu dalam mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan.
Ia juga memastikan keanjalan dan kesegaran kulit kita supaya sentiasa awet muda.

Mesti ada yang tanya, kenapa perlu makan collagen ni?
Kita perlu amalkan pengambilan collagen kerana ia yang merupakan 1/3 protein yang terdapat dalam badan kita. Dan kita akan mengalami penyusutan apabila umur kita semakin meningkat. So, bila kita amalkan dari sekarang ia akan membantu menstabilkan kadar collagen yang berkurangan tu.

Apa kesan penyusutan kadar collagen dalam badan?
Kalau dah collagen menyusut, kulit muka kita akan hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.
Ia juga turut mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.
Apabila collagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, akan mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel kesistem limfa.
Dan seterusnya menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, dan secara langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. 
Pada masa yang sama tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

p/s : CATALYST COLLAGEN ni penting sangat sangat untuk badan kita. Dan yang paling penting harganya berpatutan. Jom jauhi penuaan, kekalkan awet muda..... =)

Khasiat CATALYST VCO

VCO adalah Virgin Coconut Oil atau dikenali juga sebagai Minyak Kelapa Dara sememangnya mempunyai banyak sangat khasiat yang baik untuk kecantikkan dalaman dan luaran. Tapi jangan ingat makan VCO ni akan cantik je ye kawan-kawan. VCO ni turut menjadi supplement kesihatan yang membantu badan kita untuk menjalani proses-proses tertentu dengan lebih baik.

So, Antara kebaikan dan khasiat VCO :

1. Mengurangkan kadar kolestrol
Ia sendiri tidak mengandungi kolestrol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi.

2. Mengawal kencing manis
Pankreas lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut
Anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
Mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang manjadi antara faktor punca serangan jantung.

5. Tubuh lebih tahan serangan penyakit
Ini kerana ia memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

6. Mendapatkan kembali keanjalan dan kelembutan kulit
Ia mempercepat penggantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
Sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

8. Terhindar dari gejala alahan
Minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

9. Mengelakkan risiko sakit kanser
Minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10. Keadaan berdengkur akan hilang
-kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Dah tahu kebaikan dan khasiatnya kan? Jom lah cuba sendiri! Dan rasai sendiri keberkesanannya. VCO ni bukan ubat-ubatan yang ada kesan sampingan tau, kandungannya 100% semulajadi daripada minyak kelapa dara. So, kamu-kamu semua tak perlu risau tentang kesan sampingan.

p/s: Tak rugi mencuba. Kami berdua pun dah cuba dan disebabkan kesan VCO ni sangatlah best, kami berdua terus decide nak berkongsi dengan kamu kamu semua. Rugi kalau simpan perkara yang baik untuk diri sendiri je kan? =)


CATALYST VCO "Hot Product!!"

Assalamualaikum uolls!!

Untuk pengetahuan anda, CATALYST VCO ni merupakan salah satu produk Catalyst yang paling hangat dan permintaannya pun sangatlah menggalakkan. Kalau permintaannya pun tinggi, dah tentulah produk ini berkesan. Betul tak? Sebenarnya, Virgin Coconut Oil ataupun Minyak Kelapa Dara, memang sudah terkenal dengan khasiatnya yang sangat-sangat baik untuk kesihatan luaran dan dalaman. Jadi, teruskanlah pembacaan mengetahui lebih lanjut mengenai VCO =)

First of all, APAKAH ITU MINYAK KELAPA DARA??
Untuk pengetahuan anda, kajian ke atas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an tau. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Then, pakar-pakar tersebut merumuskan bahawa terdapat suatu kandungan dalam kelapa dara ni yang dipanggil lemak tepu yang mana dapat memberi pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk kepulauan pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

So, apakah sebenarnya Virgin Coconut Oil?
Virgin Coconut Oil ini merupakan kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia yang mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbeza pula dengan minyak kelapa biasa yang mana haba dan kimia digunakan semasa pemprosesan dan seterusnya mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah dan ia membawa kepada kemudaratan kepada manusia apabila memakannya.

VCO ni dikeluarkan dalam dua versi iaitu VCO pure oil liquid dan satu lagi VCO softgel. Kedua-duanya merupakan produk yang sama, sebijik! Yang membezakannya ialah sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul. Bagi kami, kami sarankan ambil VCO softgel sebab kami tak tegar untuk telan dalam bentuk cecair. Dan VCO pure oil liquid ni kami gunakan untuk sapu di muka dan di tempat tempat lain seperti tangan, kaki, tumit dan lain lain. Senang dan jimat. =)

VCO pure oil liquid

VCO softgel

p/s : Haaaaa... Dah tahu kan VCO tu apa? Confirm 100% semulajadi dan tiada kesan sampingan. Jom amalkan VCO untuk kesihatan dan kecantikkan anda..... =)


Tuesday, September 25, 2012

First Hand Experience

Assalamualaikum...!

Hye sayang sayang sekalian. Salam Catalyst. Untuk entri kali ini, kami nak menceritakan bagaimana kami, Ainur dan Ezzaty, sewaktu mula-mula memilih untuk menggunakan produk Catalyst ni. Haa, bukan senang tau kita nak memilih ni. Terutamanya kaum hawa seperti kami dan anda anda di luar sana.

Sebelum menggunakan produk Catalyst, kami memang mempunyai pelbagai masalah kulit terutamanya kulit wajah sebab memang selalunya wajahlah yang orang akan paling ambil berat kan. Macam Ainur, masalah utama Ainur adalah muka banyak jerawat dan parut jerawat. Memang sebelum ni muka agak teruk sampai rasa kurang sangat keyakinan diri dengan muka sendiri. Kalau tangkap gambar tu mesti nak edit untuk buang jerawat. Nak tengok contoh gambar Ainur dulu? Ni Ainur ada simpan.



Percaya tak? Ainur dari muka macam tu dulu, boleh jadi macam ni sekarang! Seriously, Ainur sendiri tak perasan sebab hari-hari tengok muka sendiri kan. Yang Ainur perasan, lepas guna produk Catalyst iaitu Virgin Coconut Oil (VCO), memang muka kurang jerawat. Tapi, tak perasan pulak muka jadi makin licin sampai ramai saudara-mara tegur sewaktu Hari Raya Aidilfitri baru-baru ni. Selain dari tu, Ainur ada masalah kulit kering. Terutamanya di bahagian tangan dan kaki. Lepas pakai Catalyst, memang beza la. Kulit dah kurang kering tapi still, tak la perfect cantik. Benda ni ambil masa nak jadi elok.

Untuk Ezzaty pulak, masalahnya kalau kulit terbakar tu, ambil masa lama sangat nak pulih ke tona asal kulit. Ezzaty ni student degree Sport Science di USM. So, Ezzaty memang sangat aktif terutama aktiviti sukan dan outdoor. Bila lama bawah cahaya matahari, senang sangat kulit terbakar. Memang gelaplah muka yang dah memang Hindi sikit ni kan. Lepas guna VCO dan Collagen, memang rasa puas hati la. Kulit terbakar tu memang terbakar jugak. Lumrah la kalau aktif kan, tak terbakar tak sah. Tapi kulit lebih cepat repair dan kembali ke tona yang asal.

So, anda dah tahu kenapa kami nak sangat jadi Agen Catalyst? Sebab kami pun nak bantu anda. Jom kita jaga kesihatan dan kecantikan diri kita. Bukan kecantikan luaran semata-mata ok. Jadi inilah first hand experience kami!

p/s : Kecantikan yang dijaga dari dalam akan lebih baik kesannya untuk kita hari ini, esok dan kemudian harinya..!

Baru nak bertatih...

Assalamualaikum.....!!
Excited sangat sebab 1st time berblogging ni.. hehe..
So, sebelum tengok-tengok apa yang ada dalam blog ni, mesti nak kenal tuan nya kan?
Kami adalah.... jeng3.... =p

Ainur Naseeha.

Nurfarah Ezzaty
Ainur n Ezzaty...
Kami ni first time menjinakkan diri dalam dunia perniagaan.. hehe..
And first time try produk catalyst ni, terus jatuh cinta...
Dat's y nak kongsi perasaan cinta ni dengan kamu-kamu semua..
Biar kita sama-sama bercinta dengan catalyst ni 
untuk dapatkan kesihatan yang optimum..! =)
InsyaALLAH, segala update tentang produk catalyst ni kami akan buat dari masa ke semasa...

P/S: Kecantikan seseorang itu bermula dari dalam dan harus bermula dari sekarang... =)